KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri akan mengadakan perbincangan dengan Bank Negara terhadap kadar penolakan yang tinggi pemohon pinjaman termasuk mereka yang ingin membeli hartanah di bawah skim perumahan mampu milik.

Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau percaya dengan kerjasama dan sokongan semua pihak termasuk institusi kewangan, penyelesaian secara baik dapat ditemui supaya lebih ramai orang boleh memiliki rumah.

“Kementerian saya sangat bimbang bahawa kadar penolakan permohonan pinjaman untuk rumah berharga RM250,000 dan ke bawah adalah 75.30%,” katanya pada majlis makan malam tahunan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) di sini.

Hajiji melahirkan kebimbangan bahawa walaupun banyak bekalan rumah mampu milik di pasaran, ramai rakyat Malaysia, terutama golongan muda, masih menghadapi halangan untuk memiliki rumah sendiri.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementerian akan mempertimbangkan dengan serius syor dan cadangan yang dikemukakan oleh Shareda untuk memendekkan masa menunggu untuk kelulusan pelan pembangunan.

“Tetapi pemaju perumahan juga perlu memberi kerjasama penuh mereka apabila menghantar permohonan kepada pihak berkuasa tempatan dengan memenuhi segala keperluan,” katanya.

Hajiji berkata beliau berpuas hati bahawa Shareda telah memenuhi janjinya untuk membina 10,000 unit rumah mampu milik dimana 6396 unit telah dilaksanakan manakala 1,280 lagi masih dalam perancangan.

Beliau juga memuji Shareda untuk keluar dari jalan untuk membantu 97 pemilik flat di Taman Kepayan untuk mendapatkan ‘titles’ manakala usaha yang dijalankan masih berterusan untuk membantu pemilik apartmen Taman kendara 1.

“Saya tidak boleh memuji Shareda secukupnya untuk inisiatif pemuliharaan alam sekitar baru-baru ini iaitu Persatuan Pemuliharaan Tanah Lembap Sabah dan sumbangan ke arah pemuliharaan hutan bakau di  Sabandar, Tuaran.”

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Shareda Datuk Francis Goh.

-STARPROPERTY

Ini bukan soal pemilikan hartanah tetapi mengenai kawalan!

Anda suka dengan artikel ini dan merasakan ia membantu ? Jom, kongsikan!

Advertisements