Pengumuman terkini daripada Dewan Rakyat di mana kerajaan telah memperbaiki sejumlah 182 projek pembinaan perumahan swasta yang telah terbengkalai sejak tahun 2009.

“Projek-projek lengkap melibatkan 32,641 pembeli rumah”, kata Datuk Halimah Mohamed Sadique, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Terdapat 226 projek perumahan terbengkalai yang menjejaskan sejumlah 40.866 pembeli rumah” katanya.

Beliau berkata 20 projek terbengkalai sedang dalam pelbagai peringkat pemulihan, pada masa yang sama, baki 24 projek adalah dalam peringkat perancangan awal.

Menurut Datuk Halima, kerajaan akan juga terlibat untuk menjaga kepentingan pembeli-pembeli rumah dengan mendapat pemaju berpengalaman untuk mengambil alih projek-projek tersebut.

“Kerajaan juga melaksanakan pemulihan projek terbengkalai untuk kategori kos rendah dan sederhana rendah dengan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan persekutuan,” katanya lagi.

-WMAPROPERTY

Ini bukan soal pemilikan hartanah tetapi mengenai kawalan!

Anda suka dengan artikel ini dan merasakan ia membantu ? Jom, kongsikan!

 

 

Advertisements