KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) – Permintaan untuk hartanah atau rumah yang lebih besar termasuk 3 buah bilik tidur atau lebih di Malaysia, kata The iProperty Group, pemilik laman web hartanah iaitu iProperty.com.

Dalam kenyataannya pada hari ini, iProperty.com berkata, data menunjukkan bahawa rumah dalam negara ini menjadi lebih besar.

“Data yang dikumpulkan dan dijadualkan oleh iPropertyIQ, menunjukkan masyarakat sekarang tinggal dalam rumah yang besarnya kira-kira 67 peratus lebih besar daripada 15 tahun yang lalu,” kata mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif, Georg Chmiel berkata dengan data yang diperolehi, pakar hartanah dapat menemui wawasan yang baru, meramalkan hasil dalam masa sebenar dan membangunkan perkembangan yang memenuhi keperluan pembeli hartanah.

Beliau berkata data yang diperolehi adalah kombinasi daripada data iProperty.com Malaysia dan juga Brickz.com.

“Penemuan terbaru menunjukkan bahawa rumah yang dibeli atau telah pun dijual pada hari ni mempunyai saiz purata 1,900 kaki persegi.

“Ia begitu menarik sekali apabila pada tahun 1990, jumlah populasi adalah 18 juta, di mana purata saiz rumah adalah 1,150 kaki persegi . Dalam jangka masa 26 tahun, saiz hartanah bertambah sebanyak 750 kaki persegi,” kata beliau.

Chmiel berkata walaupun kemampuan terus kekal sebagai kebimbangan utama, rakyat Malaysia cari rumah yang lebih besar dan dapatan juga menunjukkan bahawa rumah teres juga semakin popular.

Selain daripada rumah semakin besar dan permintaan untuk rumah teres yang semakin meningkat, data juga menunjukkan bahawa sejak tahun 2001, rumah dengan empat bilik tidur atau lebih telah mendapat alasan dari rumah-rumah dengan dua bilik atau kurang.

-BERNAMA

Ini bukan soal pemilikan hartanah tetapi mengenai kawalan!

Anda suka dengan artikel ini dan merasakan ia membantu ? Jom, kongsikan!

Advertisements