Menteri Kewangan kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata pihak kerajaan tidak merancang untuk meingkatkan kadar cukai GST barang-barang keperluan dan perkhidmatan walaupun pendapatan menurun sebanyak RM30 billion daripada industri minyak dan gas pada tahun ini.

Beliau berkata pihak kerajaan begitu komited dalam membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah sekaligus mengurus secara cekap kekurangan fiskal yang  bolh membawa kepada kemantapan pertumbuhan ekonomi.

“Walaupun Kerajaan sedang menghadapi masa yang sukar kerana kehilangan pendapatan daripada industri minyak dan gas, Kerajaan tidak akan menaikkan kadar GST,” katanya, semalam pada majlis menandatangani perjanjian bagi cadangan terbitan sukuk wakalah untuk projek Setiawangsa- Lebuhraya Pantai di Putrajaya.

Terutamanya, wakalah sukuk adalah salah satu pengeluaran terbesar bagi projek pembinaan lebuh raya baru.

Kerajaan Malaysia memperkenalkan GST iaitu enam peratus pada 1 April 2015.

“Kali ini adalah satu tempoh yang sukar bagi kerajaan. Sudah tentu, kita perlu menguruskan kekurangan fiskal kita kerana kita tidak mahu ia menjadi terlalu besar kerana ia akan memberi kesan kepada penilaian kami. Kadar faedah akan naik dan ini akan memberi kesan kepada semua sektor, “katanya.

-PROPERTYGURU

Ini bukan soal pemilikan hartanah tetapi mengenai kawalan!

Anda suka dengan artikel ini dan merasakan ia membantu ? Jom, kongsikan!

Advertisements