MELAKA: Sebanyak 57,503 rumah mampu milik (RMM) akan tersedia di Melaka menjelang tahun 2023.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata sebanyak 27,000 buah unit rumah RMM akan dibina oleh agensi kerajaan negeri manakala 30,000 unit lagi akan disiapkan oleh pemaju swasta.

Beliau juga berkata 10,704 sedang dibina manakala 5,929 unit telah pun siap dibina.

“40,000 unit lagi akan dijangkakan sedia dalam tujuh tahun akan datang,” kata beliau.

Idris berkata Melaka mempunyai perancangan jangka panjang untuk memastikan rumah-rumah yang tersedia ini untuk generasi akan datang walaupun bank tanah tidak mencukupi.

“Kita harus ingat bahawa sesetengah penjawat awam dan kumpulan kelas pertengahan masih belum memiliki rumah sendiri dan 57,503 unit RMM disediakan untuk mereka,” tambah beliau lagi.

-STARPROPERTY

Ini bukan soal pemilikan hartanah tetapi mengenai kawalan!

Anda suka dengan artikel ini dan merasakan ia membantu ? Jom, kongsikan!

Advertisements