KUALA LUMPUR, 29 September (Bernama) – SP Setia Bhd akan melancarkan menara D’Camellia yang terdiri daripada 317 unit pangsapuri mampu milik di badaraya Setia Ecohill di Semenyih pada 1 Oktober 2016.

Dalam kenyataan hari ini, pemaju hartanah berkata bahawa unit freehold berharga RM262,000 setiap satu dengan dilengkapi 3 bilik tidur, 2 bilik mandi dan 2 ruang tempat letak kereta.

“Unit pangsapuri ini sangat sesuai untuk pembeli rumah kali pertama, pasangan muda yang baru berkahwin, lepasan universiti dan juga ibu bapa yang ingin membeli rumah untuk anak-anak mereka di mana ia adalah nilai pelabuhan yang berbaloi.

“Pangsapuri yang berpatutan ini telah mendapat sambutan hangat di pasaran dan sedang dibina dan dijangka siap pada bulan Disember 2019.” kata Pengurus Besar Setia EcoHill, Koh Sooi Meng.

SP Setia berkata penduduk juga berpeluang to menikmati akses kepada 56 kedai komersial di EcoHill Taipan yang dijangka akan siap pada tahun 2018.

-BERNAMA

Ini bukan soal pemilikan hartanah tetapi mengenai kawalan!

Anda suka dengan artikel ini dan merasakan ia membantu ? Jom, kongsikan!

 

Advertisements