JOHOR BARU: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah diminta untuk mengkaji semula kualiti bahan-bahan binaan yang digunakan oleh kontraktor dalam Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, gesaan itu dibuat berdasarkan lawatannya ke PPR Sungai Melana di Taman Perling di sini, di mana terdapat kerosakan bumbung, walaupun ia hanya diduduki beberapa bulan yang lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata kebanyakan unit tidak mempunyai elektrik kerana pendawaian tidak memenuhi standard yang ditetapkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“PPR itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tahun lalu tetapi penduduk menghadapi masalah kerana kontraktor telah menggunakan bahan-bahan yang bersub-standard.

“Oleh itu, kami meminta kementerian untuk mengkaji bahan-bahan pembinaan dan memantau kemajuan projek bagi memastikan kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi,” katanya kepada pemberita selepas lawatan hari ini.

Pembinaan 1,170 unit PPR dibahagikan kepada dua fasa dengan kos kira-kira RM147 juta.

-IPROPERTY

Ini bukan soal pemilikan harta tetapi mengenai kawalan!

Anda suka dengan artikel ini dan merasakan ia membantu ? Jom, kongsikan!

Advertisements