KUCHING – Sarawak, di samping menyediakan premis perniagaan kepada usahawan, lebih banyak taman-taman perindustrian akan dibina bagi memenuhi keperluan pelabur dan juga usahawan kecil serta sederhana untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Menteri Pembangunan Perindustrian, Usahawan dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata lapan taman perindustrian, dengan peruntukan sebanyak RM141.8 juta, telah diluluskan.

“Taman-taman di Demak Laut, Kapit dan Marudi Industrial Park sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan manakala pengambilan tanah sedang dijalankan oleh Jabatan Tanah dan Ukur untuk tapak di Bau, Sri Aman, Lundu, Betong dan Sebuyau,” katanya.

Awang Tengah berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi kementerian pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini pada hari ini. Beliau berkata tapak seluas 60 hektar untuk Taman Perindustrian Sibu juga telah dikenal pasti dan pengambilan tanah sedang dijalankan.
Di Miri, projek Bio-Tech Center yang bernilai RM60.6 juta yang terletak di Kampus Curtin University Miri dijangka siap pada akhir 2017, katanya. Awang Tengah berkata, selaras dengan dasar ‘Go Rural’ Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, kementerian akan terus mencari dana tambahan untuk membangunkan lebih banyak taman-taman perindustrian di negeri ini.

Beliau berkata walaupun kerajaan telah meletakkan banyak usaha untuk membantu usahawan dengan menyediakan bantuan latihan dan infrastruktur, mereka juga perlulah proaktif, kreatif dan inovatif, dengan memanfaatkan teknologi untuk bersaing dalam persekitaran yang semakin mencabar ini.

“Jika isu ini tidak ditangani ia akan menjejaskan usaha perindustrian di negeri ini,” katanya.

-IPROPERTY

Ini bukan soal pemilikan harta tetapi mengenai kawalan!

Anda suka dengan artikel ini dan merasakan ia membantu ? Jom, kongsikan!

Advertisements