Banyak syarikat akan dijangkakan untuk berpindah ke Pusat Daerah Perniagaan Kuala Lumpur,di mana kawasan di situ akan dinaik taraf, manakala harga sewa di pinggir bandar ini menjadi lebih sama dengan pusat bandar, lapor The Edge Property.

“Banyak syarikat sedang mempertimbangkan penempatan semula atau menubuhkan sebuah pejabat baru di Pusat Daerah Perniagaan Kuala Lumpur sebagai pilihan yang baik kerana kadar sewa yang menarik serta tiada lagi isu kesesakan lalu lintas apabila MRT dan infrastruktur bakal di bina menjelang pertengahan tahun 2017 dan seterusnya,” kata YY Lau, Ketua Negara JLL Malaysia.

Sebelum ini, syarikat multinasional termasuk Accenture, BG group dan Wong & Partners, telah berpindah keluar daripada Daerah Pusat Perniagaan Kuala Lumpur disebabkan kekerapan kesesakan lalu lintas di sana dan kadar sewa yang berpatutan di pinggir bandar.

“Infrastruktur sememangnya adalah salah satu faktor yang mendorong pemintaan pejabat.” Malah, hubungan adalah kriteria yang paling penting untuk semua pelanggan JLL Malaysia yang mahukan penempatan semula, kata Lau, sambil menambah bahawa syarikat mungkin akan berpindah kembali ke Daerah Pusat Perniagaan Kuala Lumpur menjelang awal tahun ini.

Salah satu sebab utama di sebalik trend ini adalah laluan baru MRT dan Light Rail Transit (LRT) yang akan memajukan lagi sistem pengangkutan seterusnya menarik perhatian banyak syarikat untuk melabur di ibu negara, kata Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL Datuk Zainal Amanshah.

Pusat yang akan datang disini dapat dicapai dengan pengangkuta awam dan orang ramai tidak perlu memiliki kereta lagi,” kata Zainal, yang menyasarkan untuk menarik 100 MNC untuk menubuhkan kewujudan di Malaysia pada tahun 2020.

Sementara itu, pejabat akan lebihan pejabat di Daerah Pusat Perniagaan Kuala Lumpur dijangkan akan menigkat pada tahun ini manakala pemilik dengan hartanah pejabat di pusat bandar akan mengurangkan harga sewa supaya dapat bersaing dengan bangunan pejabat di pinggir dan kawasan berpusat.

Sebaliknya, penyewaan di pinggir bandar semakin meningkat disebabkan permintaan yang berterusan yang dijangkan akan terus meningkat lagi apabila laluan MRT 1 mula beroperasi.

Walau bagaimanapun, Lau berkata ada kemungkinan bahawa penyewaan pejabat akan menurun sehingga 10 peratus pada tahun ini di Daerah Pusat Perniagaan Kuala Lumpur, di pinggir bandar dan tempat tidak berpusat.

“Dalam Daerah Pusat Perniagaan Kuala Lumpur, ia akan jatuh kerana lebihan penawaran serta ia juga akan mula berlaku di pinggir bandar Kuala Lumpur pada tahun ini beberapa projek baru yang bakal selesai. Untuk daerah pusat bandar, tiada situasi lebihan bekalan tetapi akan terjadi di sekitar kawasan di Cyberjaya dan Putrajaya,” tambah beliau.

-PropertyGuru

Ini bukan soal pemilikan hartanah tetapi mengenai kawalan !

Anda suka dengan informasi ini dan merasakan ia berguna ? Jom, kongsikan!

 

 

Advertisements