Hakmilik STRATA untuk 3 buah projek perumahan awam – Taman Sadon Peralihan, Flat Fasa 3 Taman Tun Sardon  dan Flat Batu Lanchang akhirnya telah dikeluarkan.

Ia difahamkan bahawa setengah pemilik telah menunggu lebih daripada 30 tahun untuk mendapatkan hakmilik tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo berkata jawatankuasa khas permohonan hakmilik strata yang dipengerusikan oleh beliau sejak 2013 telah mengkaji pemohonan hakmilk strata daripada 6 buah projek perumahan awam.

“3 daripada 6 hak milik strata telah diisukan.”

“Kami mempunyai 50 buah projek perumahan awam di Pulau Pinang dan 41 buah projek yang telah diisukan hakmilik starta.

“5 buah projek masih dalam proses pemohonan dan 4 buah projek lagi telah dikecualikan,” kata beliau pada sidang akhbar di meda selera Taman Tun Sardon baru-baru ini.

Beliau menambah lagi bahawa  pentadbiran negeri sebelum ini telah gagal untuk membantu pemilik projek-projek perumahan awam untuk mendapatkan hakmilik mereka.

Jagdeep Singh berkata bahawa sekarang ia menjadi lebih mudah untuk pemilik untuk melakukan urus niaga hartanah kerana mereka telah mendapat hak milik strata mereka.

Siti Hajar Awang, 70, berkata dia telah membeli unitnya pada 18 tahun yang lalu.

“Unit ini dibawah nama suami saya tetapi dia telah meninggal dunia 2 tahun lepas.”

“Saya tidak begitu tahu mengenai proses tukar hakmilk hartanah,” kata beliau di Flat Fasa 3 Taman Tun Sardon.

Bagaimanapun, beliau berkata yang dia akan pergi ke Jabatan Perumahan untuk mendapatka bantuan.

-STARPROPERTY

Ini bukan soal pemilikan harta tetapi mengenai kawalan!

Anda suka dengan artikel ini dan merasakan ia membantu ? Jom, kongsikan!

Advertisements