Kuala Lumpur (Bernama) – Mekanisma peruntukan seharusnya dibuat oleh kerajaan untuk pembeli rumah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) mengikut kelayakan pendapatan yang telah meningkat dari RM10,000 kepada RM15,000.

Persatuan Pembeli Rumah berkata semakin ramai orang yang datang dari kumpulan berpendapatan sederhana berkelayakan untuk memiliki rumah PR1MA di mana tujuan utama program ini adalah untuk membekalkan rumah yang mampu milik kepada masyarakat yang berpendapatan rendah dan ia haruslah dipelihara.

Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah (HBA), Chang Kim Loong berkata peningkata kelayakan pendapatan isi rumah kepada RM15,000 adalah wajar memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu Bernama bahawa peraturan baru ini akan memberi faedah dalam segi peluang yang baik untuk mendapatkan sebuah unit kepada masyarakat yang berpendapatan sederhana berbanding kelompok yang berpendapatan rendah.

“Pembeli yang berpendapatan RM15,000 sebulan tidak perlu bersaing dengan pembeli yang berpendapatan RM5,000 sebulan. Orang yang mengatakan RM5,000 dan RM15,000 perlu diberikan peruntukan untuk perumahan yang sesuai dengan tahap pendapatan mereka masing-masing,” katanya.

Selain cap pendapatan isi rumah yang lebih tinggi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada hari Selasa bahawa tempoh moratorium untuk rumah PR1MA akan dikurangkan daripada 10 tahun kepada 5 tahun.

Pada kenyataan ini, Chang dengan skeptismnya menyatakan bahawa tempoh moratorium yang ‘santai’  itu boleh menggalakkan pembeli kali pertama untuk ‘flip’ unit PR1MA mereka sebagai keuntungan kewangan sehingga menjejaskan ‘sub-buyers’.

Beliau mencadangkan supaya kerajaan mepertimbangkan pelaksanaan tempoh moratorium selama 5 tahun untuk hanya bermula dari tarikh pemilikan kosong, dan bukan dari tarikh perjanjian jual beli seperti yang diamalkan sekarang, untuk menghalang sebarang spekulasi tentang hartanah.

“Moratorium daripada 5 tahun di mana tempoh pembinaan boleh mengambil masa sehingga 36 bulan bermakna bahawa pemilik boleh menjual dalam tempoh 14 bulan atau lebih sedikit daripada setahun selepas pemilikan kosong.

“Ini sekali lagi akan menggalakkan spekulasi  yang berlebihan daripada pemilik bertujuan untuk ‘flip’ dan membuat duit dengan cara mudah dan bertentangan dengan aspirasi kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada orang ramai,” kata beliau.

Beliau berkata sebarang penjualan unit PR1MA seterusnya hanya perlu kepada pembeli rumah yang layak daripada golongan yang berpendapatan rendah kepada golongan berpendapatan sederhana serta hanya untuk pembeli rumah kali pertama.

Beliau berkata kelulusan PR1MA juga diwajibkan bagi apa-apa jualan seterusnya.

-Bernama

Ini bukan soal pemilikan harta tetapi mengenai kawalan!

Anda suka dengan artikel ini dan merasakan ia membantu ? Jom, kongsikan !

Advertisements