Tindakan agresif China terhadap modal boleh membawa kepada kesulitan dalam projek-projek terbengkalai di Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur, laporan daripada Free Malaysia Today yang dipetik daripada ekonomi veteran, Hoo Ke Ping.

“Warga Cina yang telah membeli rumah tetapi masih belum selesai membayar mungkin tidak dapat berbuat demikian,” kata Hoo.

Ini terjadi apabila pusat bank China memaksa sesiapa yang memiliki rumah di luar negara untuk menyelesaikan pembayaran pinjaman mereka dalam China.

“Walaupun pembeli warga Cina mengakaunkan hanya 20 peratus daripada projek dan mereka tidak dapat meneruskan pembayaran ansuran mereka menyebabkan pemaju terikat dengan masalah aliran tunai.”

“Apa yang pasti adalah bahawa tidak akan ada apa-apa jualan baru. Jadi terdapat kemungkinan bahawa projek-projek yang dikendalikan oleh warga Cina boleh jadi terbengkalai.”

Dengan ini, beliau percaya Country Garden Holdings yang merangkap sebagai pemaju projek Forest City Johor, akan mengalami kesukaran untuk menyambungkan kembali kerja terbengkalai yang ditinggalkan oleh pembeli warga Cina.

Orang dari Timur Tengah tidak mungkin dapat meneruskan kerja terbengkalai tersebut memandangkan harga minyak semasa sementara pula warga Eropah dan Australia tidak menunjukkan sebarang minat untuk datang ke Malaysia setakat ini.”

Manakala pembeli tempatan pula tidak mampu untuk membeli rumah yang dibina untuk pasaran Cina memandangkan harganya yang melebihi jutaan ringgit.

Oleh sebab itu, pemaju perlu mengurangkan harga untuk menyelamatkan keadaan ini.  Tetapi, walaupun mereka mengurangkan harga sebanyak 20 peratus, ia masih lagi diluar bajet bagi kebanyakkan orang.” terang Hoo, serta tambahannya lagi bahawa beliau menjangkakan keadaan ini akan berlanjutan sehingga 3 tahun akan datang.

Reuters melaporkan bahawa County Garden telah mendedahkan perancangan untuk memperluaskan capaian jualan projek Forest City tersebut ke Jepun, Vietnam, Thailand, India dan Timur Tengah.

Dalam sebuah laporan,tertulis bahawa ia telah menutup beberapa bilik pameran Forest City di China kerana kawalan modal kerajaan dan kumpulan itu berkongsi bahawa ia telah merombak pusat jualan di tanah besar China dalam usaha untuk menyesesuaikan dengan dasar dan peraturan pertukaran asing semasa serta masih mencari untuk mempelbagaikan strategi pembangunannya.

” Pihak Country Garden mematuhi dengan tegas peraturan yang berkaitan pertukaran asing dan secara aktif menyesuaikan strategi pembangunan luar negara dengan dasar negara dan antarabangsa yang sering berubah seiring dengan persekitaran undang-undang,” katanya.

Pemaju ketiga terbesar China, Country Garden dilaporkan telah menjual pangsapuri yang bernilai kira-kira 18 billion yuan (RM11.5 billion) tahun lepas di Forest City, dengan pembeli Cina merangkumi 70 peratus daripada jumlah keseluruhan pembeli.

Country Garden Pacificview Sdn Bhd, unit Malysia Country Gardens, mendedahkan dalam sebuah kenyataan berasingan bahawa ia  telah mempromosikan projek Forest City kepada pelabur dari Amerika Syarikat, Eropah, Asia Tenggara, Korea Selatan, Jepun, India dan juga Timur Tengah, dilaporkan oleh New Straits Time.

-PropertyGuru

Ini bukan soal pemilikan harta tetapi mengenai kawalan!

Anda suka dengan artikel ini dan merasakan ia membantu ? Jom, kongsikan !

Advertisements