Bangunan pejabat kosong dan deretan rumah kedai yang tidak dihuni di Pahang menunjukkan bahawa ramai pemilik perniagaan di sana tidak sanggup untuk membayar sewa yang tinggi di tengah-tengah keadaan pasaran yang kurang memberangsangkan kini, lapor New Straits Times.

Menurut Harta Tanah dan Persatuan Pemaju Perumahan (REHDA), ramai tuan tanah tidak dapat untuk membuat pajakan harta mereka kepada penyewa yang fokus terhadap bajet, dimana dengan sewa bulanan untuk unit tingkat bawah berjumlah RM3,000, dan RM5,000 untuk blok komersial 3 tingkat.

Chua Say Chai, Pengerusi cawangan Pahang REHDA, berkata pasaran hartanah sewa yang lemah di negeri ini adalah satu gambaran ekonomi yang semakin merudum di Malaysia.

“Keadaan ini bermula selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015,” yang menyebabkan peningkatan yang ketara dalam harga bahan-bahan pembinaan, dan kos itu perlu ditolak oleh nilai ringgit. Akibatnya, pemaju di negeri ini lebih berhati-hati dalam melancarkan pembangunan komersial.

Untuk mengelakkan lebihan bekalan unit komersial, kerajaan negeri menasihatkan pemaju untuk mengambil kira keadaan pasaran semasa sebelum benar-benar membina projek mereka.

“Pemaju perlu lebih berhati-hati dan menjalankan kajian pasaran secara terperinci sebelum melaksanakan projek untuk mencegah [harta] lebihan dan ketidakupayaan untuk menjual,” gesa Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri.

Namun begitu, “isu lebihan hartanah di sini tidak terlalu buruk berbanding Selangor contohnya di Bukit Rimau dan Kota Kemuning, kedua-duanya di Shah Alam, di mana pelbagai hartanah adalah untuk dijual atau disewa,” kata Chua.

Pasaran hartanah tempatan juga dijangka akan menjadi lebih baik menjelang hujung 2017, kerana ramai pengunjung dan pelancong dijangka tiba berikutan pelancaran baru pada tahun ini iaitu Melawat Pahang (Visit Pahang) oleh pihak berkuasa negeri.

Satu lagi faktor yang akan memberi kesan positif kepada sektor hartanah ialah pembinaan East Cost Rail Link (ECRL) yang akan menghubungkan kawasan di Pahang dengan Lembah Klang.

“Perjalanan ke Kuantan akan menjadi lebih mudah, dan dalam jangka masa panjang juga pembangunan pantai timur akan diteruskan,” Chua berkata, sambil menambah bahawa projek pengangkutan utama dijangka akan menggiatkan semula pasaran hartanah di negeri ini.

-PropertyGuru

Ini bukan soal pemilikan harta tetapi mengenai kawalan!

Anda suka dengan artikel ini dan merasakan ia membantu ? Jom, kongsikan !

Advertisements