Biro Publisiti Gerakan Pulau Pinang, Ketua Ooi Zhi Yi mendakwa bahawa pihak berkuasa negeri tidak mendedahkan sepenuhnya lagi rancangan untuk tanah yang ditambak di Gurney Drive dan terdapat kebimbangan bahawa kawasan itu akan menjadi satu komuniti eksklusif untuk orang kaya, laporan dari The Star.

“Menurut sebuah laman web hartanah, pembangunan mewah akan dibina di atas 20.23ha tanah tersebut di sebelah taman awam yang dirancang, dipanggil Gurney Wharf.”

“Laman web tersebut mendakwa bahawa tanah yang ditambak akan diberikan kepada pemaju yang akan mengubahnya menjadi kawasan perumahan yang mewah dengan pusat perubatan, pangsapuri dan hotel,” katanya kepada media.

Justeru itu, Ooi Zhi menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mendedahkan secara menyeluruh plan pembangunan bagi tanah yang ditambak dan tidak hanya sekadar berdiam diri.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Pulau Tikus , Yap Soo Huey berkata beliau sedar bahawa tanah yang ditambak akan digunakan untuk Guney Wharf.

Tanah tersebut juga berfungsi sebagai bayaran bagi pembinaan jalan 3 cabang yang bermula dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang dan 2 lagi akan menghubungkan Dr Lim Chong Eu Expressway ke Air Itam dan Gurney Drive.

Walau bagaimanapun, rancangan pembangunan tanah itu masih belum dipastikan lagi sehingga penambakan tersebut selesai. Itulah sebabnya pihak berkuasa belum lagi mengumumkan perkara ini, katanya.

-PropertyGuru

Ini bukan soal pemilikan harta tetapi mengenai kawalan!

Anda suka artikel ini dan merasakan ia membantu? Jom, kongsikan!

 

 

 

Advertisements