Di Malaysia, hanya 35 peratus daripada Generasi Y yang mampu untuk membeli rumah kediaman mereka sendiri, dimana 29 peratus daripada mereka dibantu oleh ibu bapa untuk membeli rumah. Semua ini berdasarkan sumber kajian daripada HSBC yang bertajuk “Beyond the Bricks”.

Sebaliknya, kebanyakkan generasi Y tidak mampu untuk membeli rumah mereka sendiri dan 94 peratus daripada generasi ini yang tiada rumah sendiri, mempunyai perancangan untuk memiliki sebuah pada masa 5 tahun akan datang. 77 peratus pula telah menunjukkan bahawa simpanan mereka masih belum mencukupi untuk pembayaran pendahuluan (deposit). Selain itu, 71 peratus lagi berpendapat mereka harus mempunyai pendapatan yang tinggi sebelum masuk ke bidang hartanah dan 23 peratus pula telah pindah ke rumah ibu bapa mereka untuk menjimatkan pembayaran duit muka.

Kajian mendapati bahawa peningkatan harga hartanah dan kelewatan kenaikan gaji menjadi penghalang bagi generasi Y di Malaysia untuk membeli kediaman mereka sendiri. Dianggarkan harga kediaman melonjak sebanyak 3.3 peratus pada tahun lepas manakala kenaikan gaji dijangkakan akan meningkat sebanyak 3.9 peratus pada tahun 2017.

Menurut Lim Eng Seong, Ketua cawangan perbankan dan pengurusan harta di HSBC Malaysia, harga rumah di sini telah meningkat secara mendadak dalam 10 tahun yang lalu tetapi semakin menurun semenjak tahun lepas.

“Rumah peringkat pertengahan (mid-tier), beranggaran RM500,000 mendapat permintaan yang tinggi dikalangan generasi Y untuk dibeli sebagai rumah pertama mereka,” kata beliau.

Tambahan pula, HSBC telah mengenal pasti 4 cara praktikal untuk membantu masyarakat untuk membeli rumah idaman mereka, iaitu harus merancang dengan lebih awal, tidak pandang rendah terhadap bayaran pendahuluan, pastikan bajet melebihi harga pembelian, kenal pasti apa yang harus anda korbankan dan juga pastikan anda mendapat gambaran menyeluruh terhadap kewangan anda.

“Sebagai contoh, menyimpan awal untuk duit pendahulan, bajetkan sekali kelengkapan tambahan untuk rumah anda dan meminta nasihat daripada pakar kewangan supaya dapat membuat keputusan yang betul.” tambahan Lim lagi.

Dijalankan pada bulan Oktober dan November 2016, kajian yang meliputi 9,009 responden berumur 18 tahun ke atas dari seluruh 9 daerah iaitu Malaysia, China, Mexico, Perancis, Amerika Syarikat, Kanada, UK, Australia dan United Arab Emirates.

-PropertyGuru

Ini bukan soal pemilikan harta tapi mengenai kawalan!

Anda suka dengan artikel ini atau dapati ia membantu ? Jom, kongsikan !

Advertisements