Saya merupakan seorang graduan MBA yang berumur 24 tahun. Saya mempunyai kehidupan yang boleh dikatakan sempurna dan mempunyai banyak pengetahuan tentang pelaburan. Bekerja dalam industri kewangan di sebuah firma multinasional yang besar, saya selalu berpeluang untuk berkerjasama dengan pemilik perniagaan yang berjaya tetapi saya agak terkejut apabila mengetahui hampir kesemua jutawan tersebut banyak melabur dalam sektor hartanah serta masih gigih mencari cara-cara baru untuk meluaskan lagi peluang melabur dalam bidang hartanah. Saya berasa agak hairan kerana tidakkah orang-orang perniagaan yang berjaya ini tahu bahawa pulangan ‘remeh’ hartanah telah jauh ketinggalan berbanding pasaran saham? Maksud saya, saya boleh tunjukkan mereka banyak laporan ‘Wall Street’ yang mengkonklusikan bahawa hartanah adalah satu pelaburan yang sangat ‘miskin’ berbanding dengan pelaburan saham.

Hampir sedekad kemudian saya mula mencari dan memahami tentang pelaburan hartanah dengan lebih terperinci. Saya berasa amat bersyukur kerana sepanjang saya hidup ini, saya banyak mempelajari betapa pentingnya kita untuk bersikap rendah diri. Baru sekarang saya sedar yang banyak lagi perkara yang saya tidak tahu. Daripada situ, saya mula merasakan dengan melabur dalam hartanah, nasib sangat berpihak kepada kita. Kita dapat menikmati pelbagai faedah dan kelebihan yang menguntungkan sepanjang masa. Sistem struktur ekonomi dan juga undang-undang cukai adalah salah satu faedah untuk kita! Keterujaan saya telah membuatkan saya ingin mula belajar dengan secepat yang mungkin.

Penyewaan hartanah mempunyai sejarah dalam menjadi strategi kekayaan bangunan no 1 di mana anda meminjam duit untuk membeli sebuah aset dan kemudiannya orang lain pula yang akan membayar untuk kos aset anda. Dari situ anda dapat menikmati manfaat penghargaan, ekuiti membina (equity build-up), kelebihan untuk cukai, dan aliran tunai (cash flow).

Inilah 14  sebab kenapa anda harus memiliki hartanah untuk di sewa :

1) Leverage (OPM)

‘Tool’ yang paling power dalam sektor hartanah ! Anda boleh meminjam dalam linkungan 70% – 80% daripada kos hartanah anda dan anda masih lagi dapat menerima 100% faedah perhargaan (benefit of appreciation). OPM bermaksud Other People’s Money dan inilah yang akan membantu membiayai tawaran anda.

2) Penyewa Membayar Perbelanjaan

Penyewaan hartanah yang baik adalah apabila di mana sewa yang dibayar oleh penyewa lebih daripada meliputi semua perbelanjaan yang berkaitan dengan harta dan anda masih menerima semua faedah, termasuk penghargaan.

3) Penghargaan (Appreciation)

Secara amnya, harga rumah akan meningkat dari masa ke semasa. Merujuk kepada Texas A&M Real Estate Center, purata harga untuk sebuah rumah di Austin/Round Rock, TX MSA pada tahun 1990 berharga $72,252 manakala pada tahun 2015 berharga $260,000.

4) Bayaran pinjaman/ Equity Buildup

Walaupun anda tidak mempunyai banyak ekuiti pada permulaan anda membeli rumah atau hartanah, anda masih mampu membina ekuiti tanpa ada penambahan capital. Anda akan mendapat kelebihan dengan menggunakan kutipan duit sewa anda untuk membayar mortgage sambil menikmati appreciation. Harga rumah anda akan lebih bernilai sekarang daripada masa anda mula-mula membeli rumah/hartanah dulu. Baki pinjaman anda juga akan berkurang daripada jumlah pinjaman anda. 2 faktor ini amat penting untuk kita ambil tahu dari masa ke semasa.

5) Faedah Cukai / Potongan

Kebanyakan perbelanjaan berkait rapat dengan kos pemilikan yang boleh dipotong/dikurangkan daripada mana-mana pendapatan yang anda terima ke atas rumah / hartanah anda. Faedah cukai yang anda dapat daripada memiliki hartanah sendiri adalah luas dan pasti bernilai untuk di ‘explore’.

6) Kesusutan nilai (Depreciation)

Daripada apa yang kita bincangkan diatas tadi mengenai harga rumah yang akan meningkat mengikut peredaran masa, anda boleh mendapatkan ‘depreciation’ dalam beberapa peratus daripada harga sewa rumah setiap tahun untuk tujuan cukai. ‘Depreciation’ adalah perbelanjaan untuk tujuan cukai dan juga sebagai perlindungan untuk pendapatan.

7) Inflasi (Inflation)

Inflasi adalah salah satu perkara yang negatif bagi kebanyakkan masyarakat. Sebagai pelabur hartanah, anda harus ketepikan kuasa inflasi ini.  Oleh kerana kos sara hidup semakin meningkat, anda secara tidak langsung akan menaikkan harga sewa rumah juga.  Loan payment adalah tetap dan sekarang anda membayar balik loan anda dengan lebih ‘murah’ nilainya.

8) Pendapatan Pasif (Yield)

Salah satu masalah utama yang dihadapi oleh pesara adalah di mana untuk mencapai hasil yang baik ke atas pelaburan mereka dan pelaburan hartanah yang dapat menawarkan pendapatan pasif yang lumayan bagi mereka.

9) Aliran tunai positif dalam Interim

Sebelum bayaran dilunaskan, penyewaan rumah yang baik akan memberi pulangan beribu ringgit sebulan dalam aliran tunai positif.

 

10) Hard Asset

Dengan hartanah, anda mempunyai keselamatan hard asset yang anda boleh periksa pada bila-bila masa yang anda mahu. Selain itu, walaupun nilai hartanah boleh naik dan turun, hartanah adalah biasanya kurang volatile daripada kelas aset yang lain.

11) Memiliki Hartanah Percuma

Jikalau anda mempunyai penyewaan aliran tunai positif (positive cash flow rental) selain daripada bayaran awal pendahuluan, duit sewa yang dikutip daripada penyewa dapat membayar semua kos yang berkaitan hartanah. Apabila pinjaman sudah dibayar, sekarang anda dapat mempunyai aliran tunai yang luar biasa serta aset tanpa sebarang hutang.

12) Pembiayaan Semula yang Mudah

Oleh kerana nilai hartanah semakin meningkat, penyewaan rumah/hartanah adalah mudah untuk dibiayai semula. Ini membolehkan anda untuk menarik keluar ekuiti dan bertukar ke dalam peluang hartanah yang lebih besar. Bayaran awal pendahuluan anda pada hartanah pertama boleh dijadikan sebagai ekuiti yang  menjadi batu loncatan anda ke dalam perkara-perkara lain.

13) Masa

Dengan rental properties, anda yang akan membuat keputusan bila harus untuk menjual. Ini adalah amat penting bagi mana-mana strategi pengurangan cukai. Selain itu, dengan mengawal masa jualan, anda juga layak untuk mengambil kesempatan daripada program penangguhan cukai positif dengan hebat seperti Exchange 1031.

14) Kewangan bebas

Ini adalah matlamat utama dan membuat semua kerja keras anda berbaloi! Dengan pemilikan jangka panjang penyewaan hartanah, anda mampu untuk mencipta pendapatan pasif yang cukup dimana semua perbelanjaan sara hidup anda dapat ditanggung. Anda tidak mempunyai keperluan kewangan untuk bekerja dan mempunyai kebebasan untuk meneruskan kerja-kerja (atau apa-apa aktiviti) untuk kepuasan.

Apa yang anda boleh lihat daripada senarai di atas, struktur sistem ekonomi dan undang-undang cukai sangat memberi kelebihan kepada pelabur hartanah. Tidak pernahkah anda tertanya-tanya mengapa semua pemilik perniagaan berjaya yang saya pernah kenali menggunakan hartanah sebagai salah satu punca kekayaan mereka? Bidang hartanah adalah salah satu tool yang anda boleh gunakan untuk mengubah hidup anda !

-Ezniarticles

 

Ini bukan soal pemilikan hartanah tetapi mengenai kawalan !

Anda suka dengan artikel ini atau merasakan ia membantu anda ? Jom , kongsikan !

 

 

 

Advertisements